Godaan Wanpa di ASA 2010
Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 21 FEB 2011: Lantai permaidani merah Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) terpesona dengan kemunculan beberapan leretan gaun malam ciptaan pereka fesyen duo, Rosix Omar dan Ridzuan Ismail yang memperkenalkan diri mereka sebagai WanPa.
Bermula dengan fabrik lycra kelabu metalik yang digayakan hos karpet merah, Fara Fauzana, rendisi WanPa berterusan apabila beberapa selebriti popular seperti Scha Al-Yahya, Julia Ziegler, Nurul Syuhada dan Juliana Ibrahim turut menggayakan persalinan sentuhan mereka.
Semakin dikenali bersama identiti juraian dan teknik anyaman, kemunculan WanPa ternyata berjaya mencuri mata memandang, meskipun ada yang sudah terbiasa melihat beberapa rekaan mereka pada anugerah berprestij lain.
Gaun minimalis rekaan WanPa juga nyata telah mengembalikan semula semangat pengacara dan pelakon kecil molek Juliana Ibrahim yang sudah sekian lama tidak muncul pada mana-mana acara kerana sibuk menggalas tanggungjawab membesarkan 2 cahaya mata.
Malah, WanPa turut memberikan hembusan yang berbeza pada gaun sendat personaliti TV3, Nurul Syuhada apabila memperkenalkan fabrik berbulu meskipun itu bukanlah persalinan yang sepatutnya digayakan olehnya pada awal perbincangan antara mereka berdua
No comments:
Post a Comment